Nilai tidak sah. Sila cuba lagi
Akaun yang menggunakan alamat emel ini sudah wujud. Sila reset kata laluan anda
Log masuk
Masukkan alamat email dan kata laluan
atau log masuk via
Google
Daftar menggunakan emel
Tiada siapa yang suka berikan alamat emel, tetapi yang ini sangat tidak menjengkelkan. Kami hanya akan gunakannya untuk menghantarkan pautan pengesahan.
atau daftar via
Google
Tinggal satu lagi butang untuk ditekan
Periksa emel anda untuk sahkan alamat emel anda: [email protected]

Tidak terima emel? 

Cuba cari di folder spam atau hantar semula.
 

Pemulihan kata laluan

Masukkan emel anda. Panduan pemulihan kata laluan akan dihantar ke alamat emel anda.

Informasi pemulihan kata laluan sudah dihantar

Sila lihat isi emel tersebut.

Panduan pemulihan kata laluan telah dihantar ke alamat emel: [email protected]

Tidak terima emel? 

Cuba cari di folder spam atau hantar semula.
 

Tahniah!

Peluang untuk menangi trip impian anda kini di hujung jari anda. Mari berkenalan dan mulakan permainan!

Kami hormati privasi anda dan tidak bertolak ansur dengan spam. Kami tidak akan berikan maklumat anda kepada mana-mana pihak ketiga.

Penetapan semula kata laluan

Masukkan kata laluan baru

FAQ

1. Bagaimana cara mendaftar untuk sertai quest?

Untuk sertai permainan ini, peserta perlu pergi ke laman web promosi, tekan butang "Sertai" dan pilih kaedah pendaftaran yang dikehendaki.  Peserta boleh mendaftar menggunakan emel, Facebook, atau Google+ 

Untuk mendaftar menggunakan emel, anda perlu memasukkan alamat emel anda ke dalam kotak dan tekan "Teruskan". Syarikat menggunakan alamat emel anda hanya untuk menghantarkan kepada anda pautan pengesahan dan tidak akan pernah memberikan maklumat ini kepada pihak ketiga. 

Sebaik selepas pendaftaran selesai, anda perlu mencipta nama login dan kata laluan untuk digunakan bagi proses log masuk seterusnya. 

 

2. Adakah quest ini percuma? Adakah saya sedang merisikokan sesuatu?

Ia percuma dan tidak mempunyai sebarang fi tersembunyi, sebarang pelaburan sepanjang permainan ini, atau risiko. 

 

3. Siapakah Pete?

Pete ialah satu watak kartun dan protagonis permainan ini. Menurut cerita lagenda, beliau pernah berkerja di pejabat dan menjalani kehidupan seorang kerani yang sangat membosankan. Sepanjang permainan ini, Pete perlu menemukan perdagangan Forex sebagai pekerjaan alternatif, menjadi seorang pedagang yang cool, dan terbang jauh untuk satu trip yang fantastik. 

 

4. Apakah itu pip?

Pip ialah istilah Forex yang bermaksud pergerakan terkecil pada harga. Dalam permainan ini, pip ialah mata yang dimasukkan ke akaun anda kerana menyelesaikan cabaran. Anda perlu kumpulkan, secara total, sekurang-kurangnya 100 pip untuk menamatkan permainan ini dengan berjaya.

 

5. Apakah yang termasuk dalam trip ini?

Hadiah utama - trip yang tak dapat dilupakan ke London, Tokyo atau Dubai untuk dua orang – termasuk perkara-perkara berikut:

  • tiket penerbangan kelas ekonomi
  • penginapan di hotel 5 bintang

Anda perlu membayar sendiri perbelanjaan peribadi anda sepanjang trip ini.

 

6. Berapa kali percubaan yang dibenarkan untuk setiap cabaran?

Sebanyak mana yang anda perlukan. Selain itu, anda boleh langkau ke tugasan lain pada bila-bila masa dan kembali ke tugasan itu kemudian. 

 

7. Bagaimanakah caranya untuk lulus cabaran "Jom berfesyen!"?

Cabaran ini menyarankan pemain memilih pakaian dan aksesori baru dengan gaya "pedagang" untuk Pete. Anda perlu tatal (scroll) untuk melihat pilihan pelbagai item rawak dan pilih yang tampak sajak buat seorang pedagang. Anda perlu pilih 5 item secara total. 

Bilangan item yang tinggal akan ditunjukkan di butang di bawah. Apa bila anda sudah pilih semua item yang perlu, tekan "Periksa" untuk lihat keputusan anda. Dengan melengkapkan cabaran ini anda akan menerima 10 pip.

 

8. Bagaimana cara mencari perkataan rahsia di cabaran “Find the secret words”?

Peserta perlu follow akaun instagram rasmi FBS @fbs_forex dan jawab 3 soalan tentang sejarah FBS. 

Untuk mencari jawapan-jawapan tersebut, anda perlu melayari feed siaran instagram syarikat dan mencari siaran terkini yang menampilkan satu perkataan tunggal yang dieja di dalam bahasa Inggeris. Siaran-siaran yang berkaitan mungkin mempunyai persamaan dari segi desain dan konsep jadi anda boleh temui mereka di dalam siaran-siaran lain.

Sila maklum bahawa anda perlu menaipkan jawapan di dalam bahasa Inggeris juga. Jika anda sudah berjaya menemui perkataan yang betul, anda akan mendapat 25 pip.

 

9. Saya tak dapat bereskan permainan "Melarikan diri dari pejabat".

"Melarikan diri dari pejabat" adalah permainan bergerak di mana Pete cuba keluar dari bangunan pejabat beliau dan memulakan hidup baru sebagai pedagang. 

Jika anda bermain dari peranti mudah alih anda, tap pada anak panah di skrin untuk mengemudi pergerakan watak sekitar pejabat dan mengelak dari rakan sekerja serta peralatan pejabat (permainan ini lebih kurang serupa seperti Pacman).

Untuk versi desktop, gunakan kekunci arah (anak panah) untuk lakukan perkara yang sama dan cuba menuju ke pintu keluar. 

Cabaran ini menawarkan kepada anda 15 pip.

 

10. Saya tidak lulus ujian "Otai matawang" pada percubaan pertama. Adakah ini bermakna saya kalah keseluruhan quest?

Tidak, anda boleh cuba lagi. Ujian ini menampilkan 7 soalan berkaitan dengan matawang dengan 4 varian jawapan bagi setiap satu. Anda perlu memilih jawapan yang betul dan skor sekurang-kurangnya 5 dari 7 soalan untuk dianggap sudah menyelesaikan cabaran ini. 

Jika anda pilih jawapan yang salah, sistem tak akan menunjukkan jawapan yang betul. Jika anda gagal skor 5 atau lebih jawapan yang betul, anda boleh mula lagi bila-bila yang anda mahu. 

Petunjuk: soalan-soalan adalah berkaitan dengan matawang yang tidak popular, jadi penting untuk anda baca jawapan dan lihat pada gambar dengan cermat - ia akan membantu anda mencari jawapan yang betul dan skor 15 pip.

 

11. Bagaimanakah cara kerja cabaran "Mengenang saat indah"?

Kos cabaran ini adalah 30 pip dan ia memerlukan peserta follow FBS di Instagram dan kongsikan foto dari salah satu percutian anda sebelum ini. Selain dari itu, anda perlu tag @fbs_forex dan gunakan hashtag #trip4pip #fbs4life.

Foto mestilah berkualiti baik. Tidak ada halangan dari segi kandungan – anda bebas menyiarkan sebarang foto percutian, hanya pastikan wajah anda kelihatan. 

Foto mestilah diterbitkan di feed Instagram anda, bukan di Stories. Anda perlu salin pautan ke siaran anda dan tempelkannya ke dalam kotak pautan (maklumat terperinci cara menyalin pautan ada dipaparkan di bawah kotak). Pastikan privasi feed akaun anda adalah "awam" (public) dan boleh dilihat oleh semua. 

 

12. Bagaimana cara untuk lulus cabaran "Keperluan asas berdagang"?

Skrin memaparkan gambar sebuah meja yang berantakan dengan segala macam benda - yang berkaitan dan tidak berkaitan dengan perdagangan. Anda perlu cari 5 barang pedagang dari semua objek tersebut, lalu tarik dan lepaskan mereka ke dalam beg pakaian di sebelah kanan skrin. 

Barang yang anda sedang cari ditunjukkan di beg pakaian. Apabila anda sudah kumpulkan semua barang yang hilang, tekan "Periksa" untuk lihat keputusan anda. Jika anda berjaya kumpulkan semua barang keperluan perdagangan, anda akan mendapat 20 pip.

 

13. Video bagaimanakah yang saya perlu siarkan untuk lulus cabaran "Sepatah kata"?

Cabaran "Sepatah kata" adalah yang paling mahal dalam senarai - 40 pip. Untuk lulus, anda perlu follow FBS di Facebook dan siarkan video tentang topik "Gaya Hidup Pedagang bersama FBS" 

Durasi dan plot tidak penting – anda dibenarkan untuk merekodkan apa yang anda rasakan bila berdagang dengan FBS. Ia boleh sahaja video rutin perdagangan anda, pesta bersama rakan-rakan pedagang, dsb.

Jangan lupakan hashtag #trip4pip, #fbs4life. Salinkan pautan ke siaran anda dan tempelkannya ke kotak pautan (panduan terperinci tentang cara-cara menyalin pautan dipaparkan di bawah kotak tersebut). Kemudian tekan "Periksa" untuk teruskan ke keputusan anda.

 

14. Bagaimanakah cara untuk saya dapatkan buah tangan dari permainan "Wheel of Fortune"?

Buah tangan akan dihantar ke alamat emel yang anda berikan sewaktu pendaftaran. Emel ini akan mengandungi panduan lanjut untuk mendapatkan buah tangan anda.

 

15. Bolehkah saya putarkan roda lebih dari sekali?

Maaf, anda hanya boleh putarkan roda hanya sekali. Fitur ini akan dibuka aksesnya (unlock) setelah anda kumpulkan 55 pip atau lebih.

 

16. Perlukah saya terima cabaran mengikut urutan yang dicadangkan?

Tidak semestinya. Anda boleh pilih tugasan dalam urutan rawak atau ambil tugasan satu demi satu seperti yang terpapar di skrin. Matlamat anda adalah untuk kumpulkan 100 pip atau lebih - urutan dan pilihan tugasan bukan satu isu.

 

17. Perlukah saya terima semua 7 cabaran atau hanya sebanyak mana yang diperlukan untuk kumpulkan 100+ pip?

Ambil sebanyak mana cabaran yang anda perlukan untuk kumpulkan 100+ pip. Sebaik setelah anda skor 100 pip, papan tugasan akan hilang, anda akan ditambah ke senarai pemenang, dan baki cabaran yang selebihnya akan luput. 

 

18. Bagaimana cara anda pilih pemenang?

Pemenang akan dipilih secara rawak sewaktu cabutan undi pada 5 Disember, pukul 14:00 waktu MT. FBS akan menstrimkan secara live cabutan ini di laman Facebook rasmi FBS. 
 

19. Jika saya menang trip ini, berapa banyak masa yang akan diberikan kepada saya sebelum penerbangan?

Tarikh trip akan dibincangkan dengan pemenang. Jika perlu, anda akan diberikan masa tambahan untuk siapkan visa anda (jika diperlukan untuk negara anda) dan dokumen-dokumen lain.