Nilai tidak sah. Sila cuba lagi
Akaun yang menggunakan alamat emel ini sudah wujud. Sila reset kata laluan anda
Log masuk
Masukkan alamat email dan kata laluan
atau log masuk via
Google
Daftar menggunakan emel
Tiada siapa yang suka berikan alamat emel, tetapi yang ini sangat tidak menjengkelkan. Kami hanya akan gunakannya untuk menghantarkan pautan pengesahan.
atau daftar via
Google
Tinggal satu lagi butang untuk ditekan
Periksa emel anda untuk sahkan alamat emel anda: [email protected]

Tidak terima emel? 

Cuba cari di folder spam atau hantar semula.
 

Pemulihan kata laluan

Masukkan emel anda. Panduan pemulihan kata laluan akan dihantar ke alamat emel anda.

Informasi pemulihan kata laluan sudah dihantar

Sila lihat isi emel tersebut.

Panduan pemulihan kata laluan telah dihantar ke alamat emel: [email protected]

Tidak terima emel? 

Cuba cari di folder spam atau hantar semula.
 

Tahniah!

Peluang untuk menangi trip impian anda kini di hujung jari anda. Mari berkenalan dan mulakan permainan!

Kami hormati privasi anda dan tidak bertolak ansur dengan spam. Kami tidak akan berikan maklumat anda kepada mana-mana pihak ketiga.

Penetapan semula kata laluan

Masukkan kata laluan baru

Syarat-syarat promosi

Promosi "Trip for Pip" ialah permainan berbentuk "quest" dari FBS Inc. untuk pengguna web dan peranti mudah alih. 
Tarikh promosi: 28 Oktober - 28 November

 

Syarat-syarat Am:

Mulakan misi, kumpulkan sejumlah 100+ pip dengan menerima cabaran, dan menangi trip ke London, Tokyo, atau Dubai untuk dua orang.

  1. Untuk mendaftar bagi quest ini, lawati laman web promosi dan daftar untuk quest dengan emel atau salah satu dari rangkaian sosial yang diunjurkan (Facebook, Google+). 
  2. Selepas log masuk, peserta menerima akses ke laman utama mengandungi senarai cabaran yang boleh dilakukan. Apabila selesai, peserta mendapat peluang untuk menyertai cabutan undi untuk trip ke London, Tokyo, atau Dubai.
  3. Quest ini dilakukan bagi pihak suatu watak fiksyen bernama Pete. Plot quest berkisar seputar transformasi Pete dari seorang budak pejabat kepada seorang pedagang Forex.
  4. Setelah setiap cabaran diselesaikan, peserta diberikan ganjaran berbentuk sejumlah mata permainan yang dipanggil pip. Untuk layak menyertai cabutan bagi hadiah utama, peserta mesti mengumpulkan sekurang-kurangnya 100 pip. 
  5. Setelah mengumpulkan 55 pip, peserta akan membuka akses ("unlock") permainan “Wheel of Fortune” membolehkan mereka mendapat buah tangan secara rawak dari FBS. Buah tangan ini akan dihantar ke emel peserta. 
  6. Peserta boleh melihat kemajuan tugasan dan buah tangan mereka di bar tugasan/buah tangan di skrin utama. Maklumat terperinci tentang bilangan pip, buah tangan, dan tugasan yang sudah selesai, serta FAQ, polisi privasi, dan keterangan tugasan ada terdapat di Menu. 
  7. Secara keseluruhannya, peserta ditawarkan tujuh cabaran untuk dilakukan dengan kos yang berbeza. Peserta bebas memilih tugasan dan boleh melakukan mana-mana satu terlebih dahulu. Cabaran bersifat interaktif dan melibatkan aktiviti media sosial (Instagram, Facebook).
  8. Peserta boleh melangkaui (skip) mana-mana tugasan dan kembali kepada tugasan tersebut kemudian. Opsyen "Cuba lagi" ada terdapat pada setiap cabaran. 
  9. Apabila misi berjaya dibereskan, peserta secara automatik ditambah ke senarai pemenang. Pemenang akan dipilih menerusi cabutan undi pada 5 Disember, pukul 14:00 waktu MT. FBS akan menyiarkan striming cabutan secara langsung di laman Facebook rasmi syarikat.

 

Keterangan cabaran:

1. Cabaran "Jom berfesyen!"

Kos: 10 pip

Keterangan: Peserta diminta untuk memilih sifat-sifat gaya dan fesyen seorang pedagang dari satu senarai. Tugasan ini mencadangkan agar peserta memilih 5 item yang kelihatan cocok untuk seorang pedagang dan tekan butang "Periksa". Sekiranya berjaya, peserta mendapat 10 pip untuk melengkapkan tugasan ini. 

 

2. Cabaran "Cari perkataan rahsia"

Kos: 25 pip

Keterangan: Peserta perlu follow akaun Instagram rasmi FBS @fbs_forex dan menjawab 3 soalan mengenai sejarah FBS. Peserta perlu melayari siaran Instagram syarikat dan mencari jawapan menggunakan petunjuk-petunjuk pada soalan. 
Jawapan harus ditaipkan ke dalam kotak khusus di dalam bahasa Inggeris. Tekan anak panah di sebelah kanan untuk menyemak ketepatan jawapan. Setelah semua jawapan disemak, tekan butang "Seterusnya".

 

3. Cabaran "Melarikan diri dari pejabat"

Kos: 15 pip

Keterangan: "Melarikan diri dari pejabat" adalah permainan bergerak di mana Pete cuba melarikan diri dari bangunan pejabat tempat beliau berkerja. Peserta perlu menggunakan anak panah (untuk versi desktop) atau tap kiri/kanan (untuk peranti mudah alih) untuk mengemudi pergerakan watak ke pintu keluar sambil mengelak dari pekerja-pekerja pejabat yang lain dan item-item. 

 

4. Cabaran “Otai matawang”

Kos: 15 pip

Keterangan: Peserta perlu menjawab ujian 7 soalan dan meneka negara manakah yang menggunakan matawang tertentu. Peserta perlu skor sekurang-kurangnya 5 dari 7 soalan dengan betul untuk menyelesaikan tugasan ini dan mendapatkan pip. Jawapan yang betul akan ditanda dengan warna hijau.
Apabila selesai, pemain akan ditunjukkan statistik prestasi global yang menunjukkan kedudukan mereka berbanding peserta-peserta lain.

 

5. Cabaran "Mengenang saat indah"

Kos: 30 pip

Keterangan: Peserta diminta untuk follow FBS di Instagram dan kongsikan foto pengalaman percutian terbaik mereka setakat ini. Peserta juga perlu tag @fbs_forex dan gunakan hashtag berikut:

  • #trip4pip
  • #fbs4life"

Foto mestilah diterbitkan di feed peserta (bukan di Stories): privasi akaun mestilah "awam" ("public") dan siaran boleh ditonton oleh semua.

 

6. Cabaran "Keperluan asas berdagang"

Kos: 20 pip

Keterangan: Peserta perlu mencari 5 barang milik pedagang di dalam imej untuk dikemas ke dalam beg pakaian. Peserta perlu mencari, tarik, dan lepaskan item-item berkaitan perdagangan ke dalam beg pakaian dan tekan butang "Periksa".

 

7. Cabaran "Sepatah kata"

Kos: 40 pip

Keterangan: Peserta perlu follow FBS di Facebook dan post video mengenai topik "Gaya Hidup Pedagang bersama FBS". Durasi dan plot tidak penting – peserta dibenarkan untuk merakamkan apa sahaja yang beliau rasakan berkaitan dengan berdagang bersama FBS. Satu lagi syarat lain - menggunakan hashtag: #trip4pip, #fbs4life. Kemudian, beliau perlu menempelkan pautan siaran tersebut ke dalam kotak khusus. Panduan berkenaan penyalinan pautan ke siaran Facebook dipaparkan di bawah kotak pautan.

 

Dana hadiah

Hadiah utama

Hadiah utama adalah trip pergi dan balik untuk dua orang. Destinasi - London, Tokyo, atau Dubai. Tarikh trip akan dibincangkan secara tertutup dengan pemenang. Trip ini meliputi:

  • tiket penerbangan kelas ekonomi
  • penginapan di hotel 5 bintang 

Kos trip tidak boleh melebihi dari 7000 USD. Durasi trip tidak boleh lebih dari 7 hari. Semua dokumen perjalanan akan diuruskan oleh pemenang, namun FBS boleh membantu dengan dokumen visa. Dalam kes di mana permohonan visa ditolak, syarikat tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk membayar sebarang pampasan dan tidak akan membayar kos trip tersebut. 

 

Buah tangan

Selain dari hadiah utama, peserta boleh menerima "buah tangan" - pemberian kecil dari FBS untuk membantu pemain mempertingkatkan prestasi perdagangan mereka ketika berkerja bersama FBS. 

Buah tangan boleh diterima selepas mengumpulkan 55 pip. Pada ketika itu, sistem akan membuka akses kepada permainan “Wheel of fortune” di mana pemain perlu memutarkan roda maya dan menerima hadiah rawak. 

  • Buku Forex

Senaskhah buku Forex untuk pemula baru yang ditulis dan direka oleh para penganalisis FBS untuk membantu para pedagang baru. 

  • Khidmat pelanggan 24/7

Penyelesaian masalah yang lebih pantas dengan pelayanan yang berprioriti bagi panduan proaktif dan permohonan bantuan kritikal.

  • Status Hijau di Program Kesetiaan

FBS menawarkan sebuah Program Kesetiaan – setelah mendaftar, pelanggan boleh menerima Mata Hadiah dengan berdagang dan menukarkannya dengan hadiah sebenar. Status Hijau membolehkan pengguna bermula sebagai peserta Program Kesetiaan dan menangi pelbagai hadiah - dari gajet-gajet canggih sehinggalah Mercedes S-Class.

  • Webinar Forex Percuma

Tutorial percuma secara live bersama para profesional FBS dan belajar Forex dari sofa anda.

  • Cashback

Terima kembali sehingga $15 per lot – walaupun untuk pesanan yang rugi! Amaun cashback tidak dihadkan.